728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, December 23, 2014

    ISU PENANGKAPAN DR SYEIKH YUSUF AL-QARDHAWI


    PERKEPIS MENGECAM SEKERAS-KERASNYA PENANGKAPAN DR SYEIKH YUSUF Al-QARDHAWI OLEH POLIS ANTARABANGSA (INTERPOL)

    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) berdukacita di atas penangkapan ulama tersohor dunia, Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi. Berita penangkapan ini adalah susulan dari desakan kerajaan Mesir di bawah pemerintahan diktator baru, jeneral Abdel Fattah Al-sisi. Alasan penangkapan presiden kesatuan ulama sedunia ini adalah kerana beliau disabit dituduh terlibat dalam merencana revolusi mesir pada 2011.
            
            Selain itu, isu penangkapan ulama tersohor ini berkait rapat dengan cubaan musuh-musuh islam untuk melemahkan umat islam di dunia ini. Tetapi hal sebaliknya berlaku, bahwa penangkapan ini akan mengakibatkan umat islam di seluruh dunia bersatu untuk menegakkan kembali syiar Islam.  Sesungguhnya musuh-musuh Allah ini telah lama merancang agenda untuk melemahkan umat islam. Dan kemuncaknya adalah penangkapan ulama besar ini. PERKEPIS menggesa kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan tentang isu penangkapan ini kerana Dr Syeikh Yusuf Al-Qardhawi juga merupakan tokoh Maal hijrah bagi peringkat antarabangsa.

            Justeru itu, PERKEPIS mewakili semua pelajar Islam di Sarawak ini bersolidariti untuk ulama yang disanjung, Dr Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. Kami berharap agar umat Islam khususnya di Sarawak ini dapat membuka mata seluas-luasnya berkenaan isu penangkapan ini. Ingatlah bahawa ummat Islam semakin diancam. Dan kita harus bersatu demi Islam yang tercinta ini. Demi Allah SWT, umat Islam harus lebih cemerlang dan menuju kejayaan. “ALLAHU GHAYATUNA”. Allah adalah tujuan kami. Sekian, Walahualam.

    “BERJASA KEPADA MASYARAKAT”

    MUHD RAUFA AZLAN BIN ABDUL RAUB
    SETIAUSAHA AGUNG PERKEPIS
    23 DISEMBER 2014


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: ISU PENANGKAPAN DR SYEIKH YUSUF AL-QARDHAWI Rating: 5 Reviewed By: amin raufa92
    Scroll to Top