728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, March 05, 2014

    SALAH SIAPA ?



                          
       
    Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang Maha Menciptakan dan yang Maha Berkuasa atas sesuatu. Selawat dan salam diutarakan kepada Rasul junjungan Muhammad s.a.w. . Moga kita semua terpelihara daripada segala dosa yang kecil mahu pun dosa yang besar. Amin.

    Berbalik kita kepada isu yang semakin panas dalam kalangan pelajar sepanjang tahun 2013 yang lalu, terlalu banyak masalah sosial yang di luar kawalan mana-mana pihak terus menular di kalangan pelajar-pelajar di peringkat umur 13 tahun hingga 20 tahun ke atas yang dikategorikan sebagai pelajar khususnya.  Tidak kiralah sama ada di peringkat pelajar sekolah menengah mahupun pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi di seluruh Malaysia.

    Antara perlakuan pelajar yang  mengalami masalah sosial adalah seperti merokok, merempit, mengambil dadah, mengadakan hubungan di luar tabi’i, menjalinkna hubungan sulit walaupun tidak ada hubungan yang halal (sah) di sisi syarak, ponteng kuliah, lari dari rumah dan pelbagai lagi sekiranya di nyatakan tidak akan mencukupi (infiniti).

    Allah berfirman di dalam Surah Adz Dzariyat : 56,

    “Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”

    Ini bermakna seluruh kehidupan manusia yang hidup di muka bumi Allah adalah untuk beribadah hanya kepada Allah. Kerana itulah manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian seperti mana yang Allah terangkan dalam Surah At Tin : 4

    “ Sesungguhnya, telah kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” .

                Makanya, kefahaman dari sudut mendalami ayat – ayat Allah s.w.t. semestinya akan menghasilkan rasa takut dan rasa gementar dalam hati setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah.

    Andaikata pelajar-pelajar memahami hakikat kehidupan yang sebenar mengapakah manusia diciptakan, mana mungkin akan berlakunya masalah sosial yang semakin hari semakin meningkat. Setiap daripada manusia perlu untuk mengenal Allah yang al-Haq supaya hala tuju dan tujuan sebenar hidup di muka bumi adalah untuk Allah semata-mata.

    Persoalannya, salah siapa?
    Angkat tangan kanan, pegang itu hati. Tanya sama hati, ‘Salah siapa ? ‘ .

    Sebagai insan yang selalu terus mencari redha Allah tiap masa dan tiap waktu, Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita , 

    ‘Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.’
    (HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)

    Para Dai’e perlu mengambil tempat dalam menangani isu-isu yang melibatkan masalah ummat. Menyebar dakwah Nabi Muhammad s.a.w adalah sunnah yang paling besar di mana ianya mengembalikan dan menyeru manusia untuk taat kepada perintah Allah secara konsisten.
    Siapa sahaja pun boleh menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w yang mulia , tulus dan ikhlas tanpa mengharap atau meminta balasan. Itulah perjuangan yang sebenar.

    "Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku."
    Nukilan Profesor Doktor Yusuf Al-Qardhawi.



    Disediakan oleh,
    Mohd Raufa Aminuddin Bin Abdul Raub
    Timbalan Yang Di Pertua PERKEPIS
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: SALAH SIAPA ? Rating: 5 Reviewed By: Awang Syazuan Shafiq Bin Awang Jaya
    Scroll to Top