728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, July 30, 2011

    LAPORAN PROGRAM "PERKAMPUNGAN GENERASI KHALIFAH"










    Pada 15 Julai 2011, Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menganjurkan program Perkampungan Generasi Khalifah (PGK) di Pasir Panjang, Kuching. Program berkenaan berlangsung selama tiga hari dua malam. Program tersebut bertujuan untuk mendedahkan generasi muda dengan pelbgai aktiviti yang dapat menguji daya ketahanan dan kepimpinan. Selain itu, program tersebut juga mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara fasilitator dengan peserta dan peserta sesama peserta.


    Seramai 20 orang peserta dari Technology College Sarawak (TCS) bersama dua guru pengiring telah menghadiri program berkenaan. Daripada jumlah itu, sembilan orang merupakan peserta lelaki dan selebihnya adalah peserta perempuan. Pendaftaran bermula pada pukul 3.30 petang. Para peserta diberi taklimat oleh ketua fasilitator, saudara Adli Hafiz bin Abdillah mengenai tujuan dan pengisian program sepanjang ia dijalankan.


    Terdapat banyak aktiviti yang menarik telah dijalankan semasa program berlangsung. Antaranya adalah Graf Kehidupan, Sebidang Tanah, Spider Web, dan Malam Jalinan Ukhuwah. Ia sedikit-sebanyak telah memberi kesan positif kepada pelajar untuk menjadi pemangkin generasi masa hadapan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, peserta dapat memupuk semangat bekerjasama dalam satu pasukan dan merasai saat susah senang bersama. Untuk mengendalikan sesebuah organisasi dengan baik, kebijaksanaan dan keserasian antara ahli amatlah penting agar tidak berlaku perpecahan dan perbalahan.


    Tambahan pula, para peserta juga dilatih untuk mempunyai sikap kejujuran, kepimpinan dan keyakinan diri yang tinggi sepanjang program dijalankan. Ini dapat dibuktikan semasa mereka melakukan aktiviti Sebidang Tanah, di mana mereka terpaksa menyerahkan sebahagian besar daripada tanah yang mereka miliki kepada orang lain. Aktiviti yang terakhir dibuat adalah siding pleno yang bertujuan untuk mencari resolusi yang dibincangkan sepanjang program bermula. Antara pendapat adalah untuk meneruskan program seperti ini kerana ia merapatkan lagi ukhuwah sesama saudara seakidah.


    Program yang diadakan ini benar-benar memberikan pengalaman yang baru. Saya mencadangkan supaya program seumpama ini wajar diadakan lebih kerap lagi pada bila-bila masa akan datang.


    Dilaporkan oleh,
    MUHAMMAD NADZMI AZHARI
    (Exco Dakwah & Tarbiyyah PERKEPIS)
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 comments:

    Anonymous said... 7:32 PM, August 02, 2011

    bagus2... tukar nama adli hafiz b abdilah k... hehehe...

    Anonymous said... 11:01 PM, August 02, 2011

    ...alhamdulillah..ia sedikit sebyk telah meninggalkan sejuta memori yg indah buat saya..serta seribu manfaat buat saya...masyaallah...mudahan program sedemikian sentiasa diteruskan untuk meningkatkan ukhwah fillah kita n membuka jaringan luas untuk berkenalan sesama sahabat2 baru..insyaallah..^_^!!..kamsahamnida...arigato,xie,xie,Perkepis!!

    Evolusi Matrik said... 11:42 PM, August 02, 2011

    Twintech college dh x wujud gk..nya dh tukar nama jadi technology college

    Item Reviewed: LAPORAN PROGRAM "PERKAMPUNGAN GENERASI KHALIFAH" Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top