728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, March 09, 2011

    LAPORAN PERKAMPUNGAN MENARA GADING SARAWAK 2011 (PMGS '11)



    Pada 11-13 Februari yang lepas, Program Perkampungan Menara Gading Sarawak telah diadakan bertempat di Kolej Cempaka, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program ini telah disertai oleh peserta seramai 104 orang yang juga terdiri daripada 14 peserta dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi. Peserta-peserta semua telah dibimbing oleh 13 orang fasilitator dan diketuai oleh Sdr. Syeed Ahmad Hamid bin Wan Yusuf.
    Hari pertama program dimulakan dengan memperkenalkan barisan fasilitator dengan sedikit selingan oleh Ketua Fasi. Program diteruskan pada malam hari dengan aktiviti taaruf yang juga dikendalikan oleh Sdr. Hisyamudin b Roslan serta Sdri. Siti Khadijah. Keesokannya hari dimulakan dengan sedikit tazkirah oleh Sdr. Azrul Jaini. Selepas sarapan, peserta disajikan pula dengan satu ceramah yang menarik dari Sdr Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin yang datang jauh dari semenanjung Malaysia dan merupakan Naib Presiden Antarabangsa Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Selepas memenuhkan dada dengan ceramah yang diisi dengan segala bentuk nasihat serta tunjuk ajar, peserta turut di sediakan tempat untuk mereka bertanya mengenai jalan masuk ke menara gading dengan aktiviti “Sirih Pulang Ke Gagang”. Petangnya pula, pelajar telah dibawa ke sekeliling Unimas untuk melihat suasana univeristi serta diisi dengan beberapa modul yang dijalankan oleh fasilitator masing-masing. Pada waktu malam, peserta telah diberi tugasan untuk menjalankan satu aktiviti “Malam Penghayatan PMG” oleh ketua fasi. Dengan tidak mengecewakan, peserta semuanya telah melakukan tugas dengan baik.

    Hari terakhir, peserta telah diminta untuk memberi pendapat serta cadangan ketika “Sidang Pleno” untuk membaikkan lagi PMG pada masa akan datang. Akhir sekali, majlis penutupan PMG telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusuf.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Ahmad Fahmi said... 10:36 AM, March 23, 2011

    Terima kasih kepada PERKEPIS dan semua yang memberikan kerjasama.. Semoga ukhuwah kita berkekalan.. Salam.. Mahu datang ke Sarawak lagi.. :)

    Item Reviewed: LAPORAN PERKAMPUNGAN MENARA GADING SARAWAK 2011 (PMGS '11) Rating: 5 Reviewed By: Ummu Fateh
    Scroll to Top