728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, September 01, 2010

    Kamek Sayang Kitak Himpun Lebih 200 Belia Petra Jaya

    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah bekerjasama dengan beberapa organisasi lain iaitu, Pemuda PBB N.7 Semariang, YADIM Zon Sarawak, IGMS, JASA, JBS Sarawak, KRM Petra Jaya, SABERKAS Unit Semariang Batu, Surau Nurul Khair dan JKK Kpg Semariang Batu untuk menganjurkan programn "Kamek Sayang Kitak" sempena Majlis Sambutan Nuzul Quran 1431H. Program berlangsung di Surau Nurul Khair, Kpg. Semariang Batu pada 28 dan 29 Ogos lalu. Lebih 200 orang belia daripada 22 kampung dalam Petra Jaya telah turut serta.

    Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Y.B. Pn. Sh. Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri N.7 Semariang manakala Majlis Penangguhan pula telah disempurnakan oleh Y.B. Tn. Hj. Fadillah Yusof, Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

    Para peserta menempuhi program 2 hari 1 malam itu dengan Modul Belia Raikan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk mendekatkan para peserta dengan al-Quran di samping membiasakan mereka denga institusi masjid/surau. Selepas menunaikan Solat Sunat Tarawih, para peserta dibimbing untuk membaca Juzuk ke-30 al-Quran dengan tajwid dan tartil yang baik. Para peserta turut dibawa mengahayati peristiwa Nuzul al-Quran serta keutamaan Malam Lailatul Qadar. Para peserta turut didedahkan dengan Solat Sunat Malam semasa Qiamullail sebelum bersahur.

    PERKEPIS merakamkan penghargaan kepada semua rakan penganjur bersama di atas komitmen yang ditunjukkan untuk menjayakan program kali ini. PERKEPIS mengucapkan terima kasih kepada seluruh barisan fasilitator PERKEPIS dalam program kali ini yang diketuai oleh Sdr. Ahmad Syahmeer Junaidi, Naib Yang Di-Pertua PERKEPIS. Tak dilupakan khusus kepada para peserta program kali ini, PERKEPIS mengucapkan "KAMEK SAYANG KITAK".

    Sehingga bertemu lagi di program mendatang. Sama-sama kita pecutkan momentum ibadah di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan al-Mubarak. Allahummarzuqna lailatul qadar...

    Induksi Fasilitator

    Ketua Fasilitator beraksi

    Latihan Dalam Kumpulan

    Latihan Dalam Kumpulan

    Latihan Dalam Kumpulan

    Latihan Dalam Kumpulan

    Latihan Dalam Kumpulan


    Kerjasama Kumpulan

    Kerjasama Kumpulan

     Bersama Y.B. Pn. Sh. Hasidah Sayeed Aman Ghazali
    pasca Majlis Pelancaran

    Sungkey

    Bimbingan al-Quran

    Bimbingan al-Quran

    Bimbingan al-Quran

    Bimbingan al-Quran

    Pengisian Ringkas "Makna Kemerdekaan"

    Tayangan Filem "Hati Malaya"

     Bersama Y.B. Tn. Hj. Fadillah Yusof
    pasca Majlis Penangguhan
     
     Pimpinan Utama PERKEPIS

    Fasilitator

    Fasilitator
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Kamek Sayang Kitak Himpun Lebih 200 Belia Petra Jaya Rating: 5 Reviewed By: Khairul Anwar Shazali
    Scroll to Top