728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, January 06, 2010

    Forum Remaja Islami & Qiamullail Perdana



    Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM) Sarawak telah menganjurkan Forum Remaja Islami & Qiamullail Perdana di Masjid Darul Ibadah di Kampung Semariang Lama, Kuching pada 1 Januari 2010 (Jumaat) yang lepas. Forum bertajuk "Hijrah Mencipta Generasi Pemangkin Ummah" dipengerusikan oleh En. Zamri Bali (Exco PERKEPIS) dan dibarisi oleh Ustaz Sarbini Dahlan (Pegawai Latihan HIKMAH), Ustaz Hasfa Bakhry Hassan (YDP ABIM Sarawak) dan Ustaz Zamri Mohamad (Pengarah YADIM Sarawak) sebagai panelis.

    Terdahulu sebelum itu, En. Khairul Anwar Shazali (YDP PERKEPIS) telah diberikan ruang kesempatan untuk menyampaikan Kuliah Maghrib berhubung isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Muslim berikutan daripada keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

    Lebih kurang 100 orang hadir menyertai program tersebut dan rata-ratanya telah memberikan maklum balas positif daripada forum yang disampaikan. Tidak kurang juga yang melahirkan kerisauan terhadap perkembangan terbaru isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Muslim. Hadirin mengharapkana agar isu ini disebarkan kefahamannya di kalangan masyarakat khususnya bukan Muslim. Agar tidak berlaku kekeliruan dan mengelakkan daripada isu ini dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    Seterusnya hadirin daripada kalangan belia Islam beriktikaf di masjid tersebut dan program diteruskan  dengan Qiamullail pada pagi keesokan harinya. Program ditamatkan usai Solat Subuh berjemaah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Item Reviewed: Forum Remaja Islami & Qiamullail Perdana Rating: 5 Reviewed By: Khairul Anwar Shazali
    Scroll to Top