728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, November 08, 2009

    YDP PERKEPIS Dilantik Sebagai Ahli MPBN


    Sdr. Khairul Anwar Shazali, Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah dilantik oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia sebagai ahli Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sesi 2009/2010. Seramai 20 ahli MPBN lantikan Menteri dipilih daripada 40 orang yang disenarai pendek daripada 200 penyertaan dan pencalonan seluruh Malaysia. Sdr. Khairul Anwar merupakan salah seorang belia Sarawak yang dilantik di samping seorang lagi iaitu Dayang Nurfaizah Awang Dothy.


    20 ahli lantikan Menteri MPBN ini menjadi jaringan penghubung di antara belia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Selain daripada 20 orang ahli lantikan Menteri MPBN, ahli MPBN lain adalah terdiri daripada wakil-wakil organisasi belia peringkat kebangsaan seluruh Malaysia. Ahli MPBN adalah bertanggungjawab untuk menasihati Menteri Belia dan Sukan Malaysia di dalam merencana Agenda Pembangunan Belia Malaysia bagi menyediakan belia untuk meneruskan kesinambungan negara pada masa hadapan.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    demaklautmuslim said... 11:24 AM, November 23, 2009

    Perkepis perlu berpendirian etika/prinsip Islam perlu diutamakan dan jagn tunduk dengan maksiat. Pastikan tiada karaoke, pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan lain-lain perkara maksiat yang menjadi kebiasaan orang sarawak.

    Item Reviewed: YDP PERKEPIS Dilantik Sebagai Ahli MPBN Rating: 5 Reviewed By: Khairul Anwar Shazali
    Scroll to Top