728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, August 04, 2009

    KBS 4: Melentur Budi, Melakar Kasih Sayang



    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Moga dilimpahi kesejahteraan atas keluarga baginda, sahabat-sahabatnya serta orang-orang yang di atas jejak jalannya sehingga Hari Kiamat.



    Segala puji bagi Allah, Kem Berambeh Selaseh telah selamat dan berjaya dilangsungkan pada 31 Julai sehingga 2 Ogos 2009 baru-baru ini. Seramai 35 orang telah menghadirkan diri di lokasi Kem, iaitu Kem Herba yang terletak di Sungai Congkak, Hulu Langat. Suasana yang ceria diceriakan lagi dengan keindahan alam ciptaan Tuhan. Alunan gemersik alur sungai yang berderu serta persekitaran yang nyaman dan menyejukkan mata menjadikan hati-hati insaf akan kebesaran Allah S.W.T yang Maha Mencipta.

    Peserta yang terdiri daripada pelbagai kampus; termasuk Institut Perguruan Ilmu Khas (IPIK), Darul Quran Kuala Kubu Baru, UIA Nilai, Universiti Malaya, Kuala Lumpur Metropolitan University dan pelbagai lagi. Pihak penganjur bersimpati kepada para peserta yang tidak berkesempatan mengikuti program ini kerana kekangan-kekangan tertentu.



    Program ini bersifat santai, namun dengan objektif agar para peserta memahami dan mendalami kepentingan kuatnya pertalian siratulrahim terutama di kalangan mahasiswa-mahasiswi Islam Sarawak dalam kesatuan hati, rasa dan kebimbangan terhadap survival umat, terutama di Bumi Kenyalang. Perlu disyukuri bahawa kini peluang terbuka luas untuk merebut pengalaman, latihan dan menimba ilmu. Dan, bilangan mahasiswa Islam Sarawak meningkat dari tahun ke tahun.



    Di sebalik berkongsi pengalaman, tawa dan tangis warga KBS 4, mudah-mudahan terikat satu jalinan kesedaran untuk membaiki diri dan membantu sedaya yang mungkin kepada umat. Dapat diinsafi dan direnungi bahawa masing-masing mempunyai kelebihan pada diri yang akan melengkapi antara satu sama lain.



    Alhamdulillah, syukur kepada Allah program telah berjalan dengan lancar meskipun terdapat beberapa cabaran. Namun tidak dinafikan, gabungan harmoni yang 'ngam' antara penganjur dan peserta menjadikan progam sentiasa ceria.



    Diharapkan juga, para peserta dapat berkongsi kesedaran untuk membaiki diri dan akhirnya membaiki umat kita sendiri. Siapa lagi yang akan menabur jasa kalau bukan daripada darah dagingnya sendiri? Siapakah lagi yang mahu mendengar pengaduan dan keluhan mereka? Andai kita sendiri tidak peduli, di manakah letaknya kedudukan kita, yang bergelar 'mahasiswa' ini?

    Diharapkan melalui program ini, para peserta mendapat manfaat, setidak-tidaknya belajar memahami antara satu sama lain. Insya-Allah, dengan talian siratulrahim ataupun ukhuwah yang telah terbina, tidaklah sukar suatu hari nanti untuk bersama-sama menggembleng tenaga membantu umat. Iaitu, menyeka tangis umat yang tidak kedengaran, bahkan mungkin tidak disedari sama sekali selama ini.

    Bersama kita lalui detik bersama, melentur budi dengan keindahan akhlak mulia. Kita lakarkan kasih sayang berpaksikan kepada kasih kepada Tuhan. Moga dengan itu, kasih ini abadi berpaut. Abadi berpaut bersama kasihnya kepada umat...

    Apapun... toklah KBS yang paling best antara semua KBS =)

    Kenangan indah:
    Berbalas pantun Bahasa Sarawak (macam-macam pelat keluar.. hehehe)
    Eksplorasi Sg Congkak
    Belala' makan Laksa Sarawak











    Pusu' dikael dimasak pais,
    Nceri' sekali terlupak dunia;
    Umatku lamak udah nangis,
    Bersama kita seiring sedia!

    Kalau ada sumor di ladang,
    Boleh kamek numpang mandik;
    Mun ada umor yang panjang,
    Insya-Allah kita bertemu lagik! =)



    Pautan yang lain berkenaan KBS4:

    Rindok Ati (Siti Raufa Sufrina, UIA)
    Pedoman dan Teladan Buat Semua (Aisyah, UM)
    Mujahid Nusantara (Azrul, UIA)

    KBS 4: Melentur Budi, Melakar Kasih Sayang

    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    5 comments:

    Hafizan Ahmad said... 1:58 AM, August 07, 2009

    Rugi na x pat ngekot eyh.....
    Tp, yalah tek, da aral melintang... huhu~...

    RINDOK ATI said... 1:24 PM, August 07, 2009

    saba hafizan...doakan moga2 Allah mudahkan kitak ke KBS 5 kelak. doakan selalu

    puterinurzahra said... 10:23 PM, August 07, 2009

    salam....waaaaa..kmk rasa mok nangis jak x dapat pergi aie...sedih eh......pilu ati nangga dalam gambar ya xda muka kmk dan adik2 UPSI

    Khairul Anwar Shazali said... 1:25 PM, August 11, 2009

    nang rugi ktk fizan... hehehe

    RINDOK ATI said... 5:26 PM, August 13, 2009

    hehehe..cikgu2, tetak kmk baca komen kitak. ilek cikgu aaa... kitakurg dr UPSI gempur KBS 5 lak. insyaAllah =)

    Item Reviewed: KBS 4: Melentur Budi, Melakar Kasih Sayang Rating: 5 Reviewed By: Azrul bin Jaini
    Scroll to Top