728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, August 11, 2009

    Delegasi Pengilan ke Rawang


    Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

    Alhamdulillah, delegasi PERKEPIS seramai 17 orang diketuai oleh sdr. Timbalan YDP, Muhammed 'Afif Bin Iskandar telah berjarah (bertandang) ke majlis pengilan (walimah) sdr. Abdul Muntaqim Bin Zulkipli dan Noor Adibah Binti Othman di Rawang. Sdr. Abdul Muntaqim ataupun Bang Naim merupakan mantan YDP PERKEPIS sesi 2003/04 dan Timbalan Presiden PKPIM sesi 2008/09.


    PERKEPIS mengucapkan tahniah buat pasangan dan mendoakan agar pernikahan mereka diredha dan dipelihara Allah. Semoga dengan perkahwinan ini akan menambah semarak untuk berjuang di medan dakwah... Ameen.

    Meskipun suasana tidak begitu mengizinkan dek ancaman H1N1, namun delegasi ini tidak mahu menghampakan jemputan dan meneruskan perjalanan. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami telah menggunakan topeng mulut sebagai ikhtiar melindungi diri.

    Delegasi ini telah tiba di Rawang pada 2.45 petang dan kembali ke KL Sentral kira-kira pukul 5.00 petang. Di sini, beberapa sahabat lagi menyertai delegasi untuk ke Wisma Belia bagi menghadiri Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kali ke-48 pada sebelah malamnya.


    Berjasa Kepada Masyarakat
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    4 comments:

    puterinurzahra said... 8:29 PM, August 11, 2009

    salam...eee jeles eh..pg x madah dgn kmk...dah la rawang dekat jak dgn tjg malim...tp xpala...ada hikmahnya...

    Anonymous said... 5:28 PM, August 12, 2009

    -_-" sekali lagik.Tanyak2 kepada Raufa. Kadang2 sik ampit masa ngkah rancangan aktiviti, terutama ujong minggu..

    Maap eh... -_-"

    Azrul
    -Moderator-

    Anonymous said... 5:28 PM, August 12, 2009
    This comment has been removed by a blog administrator.
    haziq ahmad zaki said... 9:45 AM, August 13, 2009

    Menjunjung Sembah setinggi - tinggi tahniah buat kalian Abg Naim dan Isteri yg tercinta

    Item Reviewed: Delegasi Pengilan ke Rawang Rating: 5 Reviewed By: PERKEPIS
    Scroll to Top